Monday 7 November 2011

LATIHAN

ROMBONGAN MURID TAHUN 6 (2011)


Lawatan sambil belajar murid-murid tahun 6 ke Putrajaya, I-City, Shah Alam dan Melaka.
Semoga semuanya berjaya mencapai 5A....Amin

Rakan-rakan guru pengiring Cikgu Nur Azlin, Cikgu Haslinda, Cikgu Rohanim dan saya bersama-sama dengan rombongan murid tahun 6.  Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan selamanya.... Terima kasih kepada 2 orang guru lagi iaitu Ustaz Mat Radhi dan Cikgu Azri

SLIDE PENGAJARAN UNTUK MAKRO MATEMATIK TAHUN 4

Salam 1 malaysia buat semua. Untuk entry kali ni, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai slide yang saya gunakan untuk makro tahun 4  bertajuk "Shape and space (area)". Kalau anda ingin melihat slide tersebut, boleh klik kat sini.

VIDEO MICRO TEACHING SET INDUKSI


MICRO TEACHING

LAMPIRAN
MIKROPENGAJARAN (SET INDUKSI)


Rancangan Pelajaran Harian


Mata Pelajaran          : Matematics
Tingkatan                   : 4 Intelek
Bilangan Pelajar        : 20 orang
Tarikh                         : 06 Oktober 2011
Masa                           : 8.45 – 9.45 pagi
Area/Topic                 : Shape and space
Learning area            : Two Dimensional Shapes
Learning Objectives :Understand the perimeter of a two-dimensional shape.
Learning Outcomes  :Identify the sides of a:  a)square b)  rectangle c) triangle


Kemahiran Memulakan Pengajaran ( set induksi ):-
- Menarik perhatian murid
- Membantu murid bersedia dari sudut kognitif dan afektif
- Memperkenalkan  objektif pembelajaran
-membina aliran pemikiran
- Mengetahui pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi murid.


Bahan bantu mengajar:
  • Gambar berbingkai bentuk segiempat tepat 
  • Bentuk-bentuk 2D ( segiempat tepat, segiempat sama dan segitiga)
  • Pembaris
  • Kad perkataan
  • Kain  
Set induksi
Permulaan/Mencungkil idea.
(10 minit)

Guru menunjukkan kepada murid gambar.
Bersoal jawab berkaitan dengan bentuk gambar.
1.Cuba kamu teka siapa nama orang yang di dalam gambar ini?
2.Guru meminta murid menamakan bentuk  yang sama dengan gambar yang ditunjukkan.
4.Guru memanggil seorang murid, menutup mata dengan kain dan menyuruh murid memilih kad gambar 2D yang sama dengan bentuk gambar berbingkai.
3. Guru memanggil murid lain untuk bentuk-bentuk 2D yang lain
1.Murid melihat gambar  yang ditunjukkan oleh guru.
2.Menjawab soalan guru.
3.Murid meneka nama orang yang di dalam gambar secara beramai-ramai.
4 Murid  datang kehadapan, mata di tutup kain dan memilih gambar 2D yang sama dengan gambar sambil menyebut nama bentuk 2D
5 Murid mengira sisi bentuk yang ditunjukkan secara beramai-ramai
Strategi/Teknik:
-Teknik penyoalan.
BBM:
Gambar berbingkai
Kain
Kad bentuk
Kad perkataan
Pembaris

Tuesday 25 October 2011

PERMAINAN MATEMATIK

Salam semua..
Siapa kata kita tidak boleh belajar sambil bermain.Contohnya,permainan yang saya sertakan pada entry kali ni.Jom cuba main,pasti seronok!!!

THE EQUATOR


MATH ADDING


MATHEMATICAL GAME ADDITION

Friday 23 September 2011

SEJARAH MATEMATIK

Perkataan "matematik" berasal daripada perkataan Yunani, μάθημα (máthema), yang bermakna "sains, ilmu, atau pembelajaran"; μαθηματικός (mathematikós) bermaksud "suka belajar". Istilah ini kini merujuk kepada sejumlah ilmu yang tertentu: pengajian deduktif pada kuantiti, struktur, ruang, dan tukaran.


Sementara hampir semua kebudayaan menggunakan matematik asas (mengira dan mengukur), pengembangan matematik baru telah dilaporkan dalam beberapa kebudayaan dan zaman. Sebelum zaman moden dan peluasan ilmu di merata-rata dunia, contoh-contoh tulisan pengembangan matematik baru mengancam kegemilangan pada sebahagian orang tempatan. Kebanyakan teks matematik kuno yang dapat diperolehi datang dari Mesir purba di Kerajaan Tengah sekitar 1300-1200 SM (Berlin 6619), Mesopotamia sekitar 1800 SM (Plimpton 322), dan India kuno sekitar 800-500 SM (Sulba Sutras). Semua teks tersebut memberikan perhatian pada kononnya dipanggil Teorem Pythagoras, yang nampaknya pengembangan matematik terawal dan tersebar selepas aritmetik dan geometri asas. Bukti pertama yang benar aktiviti matematik di China dapat ditemui pada simbol berangka pada tulang keramat, yang bertarikh kira-kira 1300 SM[1][2], sementara Dinasti Han di China Kuno menyumbangkan Buku Panduan Pulau Laut dan Sembilan Bab mengenai Seni Matematik dari abad ke-2 SM sehingga abad ke-2 M. Yunani dan kebudayaan keyunanian Mesir, Mesopotamia dan bandar Syracuse menambahkan ilmu matematik. Matematik Jainisme meyumbang dari abad ke-4 SM sehingga abad ke-2 Masihi, sementara ahli matematik Hindu dari abad ke-5 dan ahli matematik Islam dari abad ke-9 membuat penyumbangan banyak pada matematik.


Satu ciri menarik perhatian mengenai sejarah matematik kuno dan Zaman Pertengahan adalah pengembangan lanjut matematik mengikut dengan berapa abad stagnasi. Mulanya di Zaman Pertengahan Itali di abad ke-16, pengembangan matematik baru, berinteraksi dengan penemuan saintifik baru, telah dilakukan pada tahap yang sentiasa bertambahan, dan bersambungan ke hari ini.

SEJARAH TOKOH MATEMATIK

1. Rene' Descartes (1596 - 1650)

2. Archimedes (287 – 212 sm)

 3. Sir Isaac Newton (1642 - 1727)

4. John Venn (1834 - 1923)

5. Johann Carl Friedrich Gauss

6. Al-Biruni (973-1050)

7. Al-Battani (850 - 929)

8. Al-Khawarizmi (780 - 850)

9. Omar Khayyam (1048-1131)

10. Al Khazin (900-971)